Friday, July 25, 2008

Kegemaran saya

Kegemaran saya ialah mengumpul anting-anting. Saya suka anting-anting kerana ia sangat cantik dan menarik. Saya selalu memakainya. Selalunya harga anting-anting ialah satu dollar tetapi sekarang harga sudah naik. Saya tidak suka harga naik.

Kegemaran saya

Kegemaran saya ialah menolong keluarga saya.Menolong adalah sangat penting untuk semua orang.Kalau kita menolong, kita akan dapat banyak pahala.Walaupun kita menolong dengan sikit, kita juga mendapat pahala.Kita mesti bersyukur kepada Allah s.w.t. Allah s.w.t membuat kita kerana untuk menolong orang-orang, tetapi bukan untuk menjaga kamu sendiri.
Kegemaran saya ialah belajar.Belajar itu adalah sangat penting kerana kita akan meandapat akal.Kalau kita tidak belajar kita akan gagal tetapi kalau kita belajar kita akan lulus. Kita belajar untuk menjadi bijak dan kita akan mendapat banyak ilmu.Adakah kamu hendak menjadi orang yang pandai dan cemerlang? Kalau hendak menjadi seorang cemerlang dan pandai kamu haruslah belajar berungguh-sungguh.

kegemaran saya

Kegemaran saya ialah membaca buku cerita. Membaca buku cerita amat penting kerana apabila kita membaca kita akan mendapat ilmu. Membaca adalah untuk mengajar kita menuli, membaca dan kita boleh menghafal ejaan-ejaan. Orang yang karang buku-buku adalah orang yang sangat pandai, cemerlang dan bijaksana. Ada buku ada moral ada yang tidak ada. Buku pun ada maknanya tetapi ada orang tiak peduli untuk membaca maknanya. Maknanya adalah sangat penting untuk kita kerana apabila kita boleh membuka buku cerita itu dan memuka surat yang terdapat disitu.

Kegemaran saya ialah puisi

Hai, saya mahu menceritakan sebuah puisi yang bertajuk kegemaran saya. Saya suka puisi kerana puisi adalah bagus untuk saya. Adakah kamu mahu membaca puisi saya dan cuba teka? Pelbagai corak dan warnanya, benang emas dan sutera, cantik dipakai pada hari raya, lelaki dan perempuan menggayakannya. Dan ada lagi satu. Daripada air asalnya benda, Warna putih penambah rasa, Boleh dimana-mana, Dalam masakan mesti ada. Apakah ia? Puisi mestilah meletakkan dibelakangnya sama.

Thursday, July 24, 2008

Kegemaran saya ialah bermasak

Hai, saya sudah kembali lagi. Hari ini saya akan menceritakan sebuah tajuk ialah bermasak. Kegemaran saya ialah bermasak. Bermasak itu adalah penting untuk saya kerana apabila sudah dewasa saya boleh memasak makanan yang enak. Makanan adalah penting juga, kita harus makan makanan yang berkhasiat untuk menguatkan badan kita. Makan makanan adalah untuk menahankan diri daripada kelaparan. Saya mahu menjadi ibu saya kerana ibu saya pandai memasak. Saya boleh memasak mee, telur dan kadang-kadang saya selalu memasak dengan ibu saya. Ibu saya sangat gembira kepada saya kerana walaupun saya memasak sebiji telur ibu saya bangga kerana saya pandai memasak. Alhamdulilah sekarang saya sudah boleh bermasak.

Wednesday, July 23, 2008

Kegemaran saya ialah bermain-main

Hai, saya sudah kembali ke blogger. Hari ini saya mahu menceritakan sebuah cerita yang bertajuk bermain-main. Kegemaran saya ialah bermain-main. Saya selalu bermain di sekolah, rumah dan ada tempat-tempat lain. Bermain itu adalah satu perkara yang sangat menarik. Apabila saya dan kakak saya pulang ke rumah, kita selalu menukar baju saya dan pakaian yang diperlu. Selepas menyalin, saya dan kakak saya terus bermain taman permainan. Bermain ini bukan saja untuk kanak-kanak tetapi untuk orang dewasa pun boleh. Saya harap kamu suka cerita ini. Terima kasih untuk membacanya.